Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

KEBaikan KOko

Kebaikan Koko

Koko boleh dianggap sebagai makanan ringan atau tambahan yang menyihatkan. Hal ini benar apabila ramai penggemar coklat menggemari coklat bukan sahaja kerana rasanya tetapi kerana terdapat kandungan nutrisi yang penting di dalam coklat. Tambahan pula, coklat memainkan peranan sebagai suplemen penting dalam mengamalkan diet yang seimbang dan bahan yang terkandung dalam koko dan coklat dalam membantu dalam penjagaan kesihatan manusia.

TAHUKAH ANDA?

Coklat merupakan makanan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Coklat boleh dinikmati dan diaplikasikan dalam pelbagai jenis aneka makanan seperti ais krim, minuman, kek, biskut dan banyak lagi. Fungsi dan pengaruh komponen-komponen aktif yang terkandung dalam coklat menjadikan coklat sebagai makanan yang mempunyai khasiat dan manfaat yang sangat baik dalam kehidupan manusia.

Coklat Mengandungi Antioksida

Tahukah anda bahawa koko merupakan sumber antioksida yang mana kandungan polifenol di dalamnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara mencegah Low Density Lipoproteins (LDL) atau yang sering disebut lemak jahat, sehingga dapat mencegah sumbatan pada dinding- dinding pembuluh darah arteri. Kandungan antioksidan di dalam setiap coklat adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor. seperti kandungan koko dan proses pengolahan. Secara umum, serbuk koko dan coklat pahit mengandung antioksidan dalam jumlah yang lebih tinggi daripada coklat susu.. Berikut kandungan antioksida polifenol dalam beberapa produk:-

1. Coklat susu (50g) – 100 mg polifenol

2. Coklat pahit (50g) – 300 mg polifenol

3. Wine merah (140mL) – 170 mg polifenol

4. Teh (240mL)-400 mg polifenol

5. Serbuk koko (16g) 200 mg polifenol

Koko mengandungi polifenol dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan barah perut. Bahan antioksida seperti ‘catechin’ juga yang dapat membantu menghalang penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan penuaan.

Coklat Dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Tahukah anda bahawa kajian adalah tinggi jika dibandingkan mendapati kuantiti antioksida yang diserap daripada koko dan coklat dengan teh dan sayur-sayuran serta kandungan coklat yang kaya dengan antioksida dapat mengurangkan risiko ‘atherosclerosis’, fikiran yang tidak sihat dan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko Meningkatkan Keupayaan Untuk Menangani Stress

Tahukah anda bahawa daripada kajian yang dijalankan di Jepun, pengambilan antioksida semasa stres memberi kesan pada stamina. Hal ini menunjukkan bahawa ‘polifenol’ di dalam koko berupaya mempengaruhi emosi seseorang walaupun dalam keadaan yang stres dan salah satu langkah untuk mengurangkan stres.

Koko Melambatkan Proses Penuaan

Tahukah anda bahawa penuaan adalah proses di mana disebabkan oleh pendedahan yang melampau terhadap faktor radikal. Oleh itu, diet yang kaya dengan antioksida boleh memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mendapati bahawa jangka itu boleh hayat seseorang dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun melalui diet yang seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian lain pula mendapati bahawa penggemar coklat dapat menikmati purata jangka hayat sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat.

Coklat Dapat Mempengaruhi Perasaan Seseorang

Tahukah anda bahawa karbohidrat Di yang terdapat di dalam kandungan coklat dapat meningkatkan tahap ‘serotonin’ di dalam otak dan mempengaruhi perangai dan kelakuan seseorang.

Coklat Bukanlah Penyebab Jerawat

Tahukah anda bahawa berdasarkan kajian yang jika seseorang itu memakan coklat atau dilakukan, akan mendatangkan sebarang kesan tidak, ianya tidak kepada keadaan kulit muka kerana para doktor mempercayai bahawa jerawat tidak berkaitan dengan pemakanan dan lebih dipengaruhi oleh stres dan hormon.

Coklat Bukanlah Penyebab Kavitis

Tahukah anda bahawa koko mengandungi agen antibakteria yang sebenarnya membantu melawan kerosakan gigi. Namun, harus diingat bahawa coklat mengandungi kandungan gula yang tinggi yang mungkin mempengaruhi kebaikan agen ini.

Coklat Bukan Mengakibatkan Sakit Kepala (Migrain)

Tahukah anda bahawa kajian yang dilakukan di Pittsburgh State University terhadap 63 wanita menunjukkan bahawa coklat bukan merupakan penyebab sakit kepala atau migrain kerana migrain lebih dihubungkaitkan dengan hormon di dalam tubuh.

Coklat Tidak Akan Meningkatkan Tahap Kolesterol Dalam Darah

Tahukah anda bahawa jika anda memakan coklat dalam kuantiti yang banyak, ianya tidak akan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah kerana ianya mengandungi asid sterik iaitu asid lemak tepu yang tidak akan memberi kesan ke atas paras kolesterol. Asid sterik ini merupakan kolesterol yang baik yang tidak mengakibatkan arteri tersumbat. Lemak koko juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi yang akan merendahkan kolesterol jahat (LDL) dan tetapi tidak mengubah kolesterol baik (HDL).

Coklat Mengandungi Banyak Nutrien

Tahukah anda bahawa dengan anggaran sebanyak 1.5 ounce bar coklat susu yang diambil, ianya mengandungi mineral dan vitamin seperti yang disarankan: 3gm protein; 15% Riboflavin; 9% Kalsium; 7% Zat Besi.

Coklat Bukanlah Penyebab Kegemukan

Tahukah anda bahawa coklat tinggi kalori. Malah ianya pernah meningkatkan lagi berat badan terutamanya coklat susu adalah dianggap membantu dalam seseorang. Namun, ramai yang beranggapan sebaliknya iaitu dengan meminum minuman koko panas sebelum makan sebenarnya dapat mengawal selera makan. Seorang penyelidik pernah membuat kajian membantu pesakit obesiti untuk mengurangkan berat badan mereka dengan hanya memakan coklat.

Coklat Dapat Membantu Untuk Hidup Lebih Lama

Tahukah anda bahawa kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menyatakan bahawa seorang lelaki yang yang makan coklat dapat menikmati jangka hayat lagi setahun berbanding mereka yang tidak kerana kandungan kimia yang terdapat di dalam coklat mungkin dapat mempengaruhi perasaan dan mengubah kehidupan sesorang yang mungkin juga penyumbang kepada jangka hayat seseorang. Namun, pendapat tersebut masih lagi dalam kajian.

isi kandungan

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.