Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Penjagaan Pokok Koko

Penjagaan Pokok Koko

Pokok-pokok koko memerlukan beberapa sistematik untuk memastikan hasil yang tinggi. Antaranya ialah penjagaan yang pengurusan pokok pelindung, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak, kawalan rumpai, pemangkasan dan penuaian.

Pokok Pelindung

  • Pokok koko merupakan sejenis tanaman yang memerlukan naungan atau pelindung
  • Pokok koko memerlukan lindungan di setiap peringkat pertumbuhan di ladang Pokok kecil memerlukan sekurang kurangnya 25% cahaya matahari penuh.
  • Keperluan cahaya semakin meningkat apabila tanaman mencapai kematangan
  • Pokok koko boleh ditanam tanpa menggunakan indungan tetapi memerlukan kekerapan pembajaan dan penggunaan racun serangga. Menanam anak benih koko tanpa persediaan lindungan secukupnya di ladang wajar dielakkan

Sumber Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Pembajaan

Pembajaan adalah amalan pertanian yang penting bagi membekalkan nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan dan kesuburan pokok. Pembajaan perlu untuk menggantikan kehilangan nutrien yang diambil oleh tanaman serta untuk membekalkan nutrien tambahan kepada tanaman Pengekalan hasil yang tinggi boleh dicapai dengan penggunaan kadar baja yang bersesuaian pada pokok koko.

Faedah Penggunaan Baja

  • Menggantikan nutrien yang telah diambil oleh tanaman, larut resap dan hakinan, penyerapan oleh tanaman tanaman yang bersaing seperti rumpai dan tanaman selangan serta pengikatan nutrien oleh tanah.
  • Nutrien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembentukan tisu baru bagi menggantikan dahan dan daun mati.
  • Untuk pertumbuhan pokok, pembentukan bunga dan buah.
  • Meningkat dan mengekalkan pertumbuhan pokok yang sihat dan hasil tanaman yang baik.

Kadar dan Kekerapan Pembajaan

  • Pentajaan buat kali pertama adalah sebanyak 20-30g/pokok bermula apabila pokok berumur satu bulan di ladang.
  • Taburan baja berikutnya dilakukan setiap 3 bulan, sehinggalah pokok berumur satu tahun di ladang.
  • Semasa tahun kedua di ladang, penggunaan baja diperlukan adalah pada kadar 150g/sepokok dan ditabur setiap 4 bulan. Penggunaan kapur pada kadar 150 250g dan 200-300g/sepokok diperlukan bila koka telah berumur 10 dan 22 bulan di ladang.
  • Semasa tahun ketiga di ladang, penggunaan baja yang diperlukan adalah sebanyak 200g/seppkok dan 250-350g/pokok dan pengapuran setiap 2 kali setahun.
  • Pada tahun keempat dan tahun seterusnya, baja pada kadar 250g/sepokok dengan kekerapan 3 kali setahun dan kapur pada kada: 300-400g/sepokok dengan kekerapan dua kali setahun.
Sumber Manual Penanaman Koka, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Kawalan Penyakit dan Perosak

  • Pokok koko boleh diserang oleh berbagai-bagai penyakit dan makhluk perosak yang menyerang daun, batang, dahan dan akar.
  • Serangga dan mamalia adalah perosak utama. Kulat pula adalah agen utama yang menyebabkan penyakit. Oleh itu ladang koko perlu sentiasa dijaga.
  • Penyakit dan perosak boleh dikawal dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan bahan tanaman yang tahan kepada serangan penyakit atau perosak, menggunakan kawalan biologi atau menggunakan racun kimia.
  • Amalan kebersihan ladang seperti memusnahkan punca jangkitan dan pemangkasan dahan yang kerap hendaklah sentiasa dijalankan.
Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Buah koko dijangkiti penyakit dan perosak

Kawalan penyakit dan perosak menggunakan kaedah pembalutan buah koko dan semburan racun serangga

Kawalan Rumpai

  • Kawalan rumpai perlu dilakukan mengikut keperluan untuk memastikan kesuburan pokok-pokok koko.
  • lanya dapat mengurangkan persaingan mendapatkan nutrien, kelembapan dan ruang pengakaran di antara pokok koko dan pokok lindungan serta menghalang pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok koko dan pokok lindungan.
  • Memudahkan aktiviti ladang seperti pembajaan, cantasan, penuaian buah koko dan penyemburan racun serangga dan kulat.
  • Mengurangkan kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan perosak koko terutamanya serangga dan perosak rodensie seperti tikus, tupai dan sebagainya.
  • Semburan racun rumpai penting dilakukan setiap 2-3 bulan sebelum koko ditanam.
  • Selepas penanaman pokok koko, merumpai secara manual dilakukan di sekeliling pokok koko menggunakan cangkul sehingga pokok berumur 9 bulan Kawalan dengan menyembur racun rumpai di sekeliling pokok koko dan di antara barisan koko perlu kerap dilakukan terutamanya bagi kawasan baru.
  • Masa semburan yang disyorkan ialah pada awal pagi atau lewat petang. Jika serangan perosak tanaman adalah di atas pucuk, masa paling sesuai melakukan semburan adalah semasa musim berpucuk baru.
Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Pemangkasan

Koko merupakan tanaman yang memerlukan kerja-kerja pemangkasan yang bertujuan untuk:

  • Mengawal ketinggian pokok supaya tidak melebihi 3-4 meter.

  • Membentuk struktur pokok yang sesuai.

  • Membuang dahan-dahan yang diserang penyakit dan makhluk perosak.

  • Meningkatkan hasil.

  • Membuang tunas-tunas air.

  • Membuang dahan-dahan bersilang di antara pokok-pokok.

1. Pemangkasan bagi membentuk kanopi pokok menjadi bentuk payung akan memberi luas daun yang maksima bagi proses fotosintesis untuk menggalakkan pengeluaran buah yang lebih banyak.

2. Pemangkasan juga akan memudahkan kerja-kerja penuaian buah dan penjagaan pokok semasa kerja-kerja penuaian buah dan penjagaan pokok semasa kerja-kerja kawalan makhluk perosak dan penyakit dilakukan.

3. Pemangkasan dilakukan setiap 1 hingga 3 bulan dan cantasan dielakkan semasa musim koko berbuah.

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Penuaian

  • Penuaian merupakan aktiviti yang dijalankan untuk memetik buah masak daripada pokok. Biasanya buah dipetik dengan menggunakan alat pemotong yang tajam seperti gunting pokok, sabit atau alat-alat tajam yang sesuai
  • Pokok koko akan mula berbuah 24-36 bulan selepas ditanam di ladang.
  • Di Malaysia, koko boleh dituai sepanjang tahun. Terdapat dua musim berbuah utama iaitu musim berbuah pertama adalah dari bulan April hingga Mei dan musim berbuah kedua adalah dari bulan September hingga November
  • Musim kedua merupakan musim utama buah memuncak yang berupaya mengeluarkan lebih 50% daripada jumlah pengeluaran dalam setahun. Musim berbuah bagi kawasan tertentu lebih banyak bergantung kepada keadaan iklim terutamanya pola taburan hujannya.
Sumber Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Cara memetik buah koko

isi kandungan

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.