Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Sejarah Koko Dunia

Sejarah Koko Dunia
Perkembangan koko di luar Amerika Selatan bermula dengan kedatangan pengembara-pengembara Eropah seperti Christopher Columbus.
Christopher Columbus dirpercayai orang Eropah yang pertama menemui koko dan membawanya balik ke Eropah. Perkembangan koko di Eropah hanya bermula apabila Hernando Cortez seorang pengembara Sepanyol mendarat di Mexico pada tahun 1519.
Kedatangan Cortez telah disambut baik oleh orang-orang Aztec. Cortez yang berkulit cerah dan bermisai dianggap kaum Aztec sebagai Quetzalcoatl, jelmaan Tuhan mereka.
Cortez dibawa mengadap Maharaja Aztec bernama Montezuma dan dihidangkan dengan minuman chocolatl, minuman isitimewa maharaja dan Cortez kagum dengan status yang diberikan oleh kaum Aztec terhadap koko lalu membawanya balik bersama-samanya ke Sepanyol pada tahun 1528.
Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol. Bekalan koko yang terhad pada masa itu menyebabkan orang-orang Sepanyol menyimpan rahsia kegunaan koko daripada diketahui oleh negara-negara Eropah yang lain selama 100 tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan puteri Raja Sepanyol, Puteri Anne dengan Raja Perancis, Louis XIII pada tahun 1615 tekah menyebabkan koko tersebar kepada negara-negara Eropah yang lain. Puteri Anne telah membawa bersama-samanya rahsia membuat minuman daripada koko.
Selepas itu koko terus berkembang ke benua-benua lain, antaranya melalui kegiatan penjajahan serta perdagangan yang dijalankan oleh orang-orang seperti Inggeris, Sepanyol dan Perancis. Dengan terciptanya mesin-mesin pengisar dan pembuat coklat serta penemuan cara-cara pembuatan coklat yang baru, coklat juga turut berkembang di seluruh Eropah hingga ke Amerika Syarikat.

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.