Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Kandungan Pemakanan

Kandungan Pemakanan

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kaitan antara koko dan coklat pahit serta kebaikannya dalam kesihatan. Koko dan coklat mengandungi kandungan antioksida (flavanoids) yang besar yang boleh menurunkan paras darah tinggi dan mengurangkan darah beku, risiko strok dan serangan jantung.

Kandungan Coklat

 

Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan

Ternak koka, gula dan susu Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat makanan yang diperlukan Coklat kaya dengan sumber tenaga yang diperolehi danpada produk berasaskan koko, susu dan guia. Sumber teraga yang tinggi dalam coklat adalah berasaskan kepada kandungan lemak, karthidrat dan protein.

Di samping itu, colost juga mengandungi asid amino yang lengkap bag pemeliharan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tramina, Riboflavin dan Nasin

Sumber: Buku Kisan Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia

Fakta Nutrisi Koko dan Coklat

Kajian menunjukkan bahawa koko dan coklat gelap

mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Koko dan coklat mengandung antioksida dan flavanols yang boleh meningkatkan fungsi sel dalam darah iaitu membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan pembuluh darah daripada darah terus membeku serta risiko daripada serangan strok dan serangan jantung dapat dikurangkan.

Kajian telah dilakukan Zutphen, Belanda selama 15 tahun terhadap 472 orang lelaki yang sihat yang tidak pernah mengambil ubat darah tinggi dalam kitaran umur antara 65 hingga 84 tahun untuk mengenalpasti tahap kesihatan mereka. Namun, apabila dikenal pasti, lelaki yang mengambil sebiji coklat iaitu sebanyak 10 gram coklat setiap hari mempunyai tekanan darah yang lebih rendah dan dianggarkan kira-kira 50% terhindar daripada kematian dan cenderung memiliki jangka hayat yang lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang coklat. Melalui kajian tersebut, daripada 472 orang lelaki yang diuji yang tidak mengambil sebarang coklat, adalah didapati bahawa seramai 314 orang lelaki telah meninggal dunia berbanding 158 orang yang makan coklat. Fakta ini dikenalpasti oleh ahli gizi masyarakat Brian Buijsse, perisik makanan dari National Institute for Public Health and Environment di Bilthoven dan disokong oleh Dr. Nieca Goldberg, seorang ahli jantung di Lenox Hill Hospital, New York.

Sumber: Journal of Dental Hygiene, Spring 2006 by Katie Barge

Coklat Halal dan Tidak Halal

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘chocolate liquor’?

Adakah ianya mengandungi alkohol?

‘Chocolate liquor’ atau likur koko adalah sejenis coklat cecair, mengandungi pepejal coklat dan lemak koko yang dihasilkan daripada biji koko yang telah diperam, dikeringkan, dipanggang dan dipisahkan daripada kulitnya seterusnya diperah. ‘Chocolate liquor’ juga dikenali sebagai pes koko atau massa koko atau likur koko tanpa nyah lemak mengandungi sebanyak 53% mentega koko (lemak), 17% karbohidrat, 11% protein, 6% tanin dan 1.5% theobromine. ‘Chocolate liquor berbeza dengan ‘Chocolate liqueur’. ‘Chocolate liqueur’ adalah terdiri daripada kombinasi alkohol, pemanis dan perasa coklat.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Chocolate_liquor dan http://www.drinkfocus.com/articles/liqueurs/chocolate- liqueurs.php

2. Banyak makanan pada hari ini menggunakan gelatin termasuklah coklat. Apakah gelatin halal?

Gelatin merupakan bahan makanan unik yang mempunyai banyak aplikasi dalam produk makanan termasuk konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), puding, ais krim, biskut dan kuih-muih. Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Gelatin adalah protein yang diperoleh dengan hidrolisis separa kolagen yang berasal dari kulit, kulit tulang dan tisu badan haiwan. Gelatin adalah bentuk kolagen larut dan tidak mengandungi semua asid amino esensial seperti kekurangan triptofan. Terdapat dua jenis gelatin iaitu Gelatin ‘Jenis A’ yang kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Jenis B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Sumber: Buletin Halal, Disember 2009, JAKIM dan http://www.halalgelatine.com/my/

3. Adakah coklat mengandungi kandungan pengemulsi/emulsifiers?

Pengemulsi dalam makanan adalah bertujuan untuk menjadikan makanan lebih menarik, memberi kesan kepada struktur dan tekstur makanan dan membantu mengekalkan kualiti dan kesegaran makanan. Makanan yang kebiasaannya mengandungi pengemulsi adalah seperti biskut, toffee, krimmer, kek, gula-gula getah, roti, karamel dan salutan coklat. Contoh pengemulsi yang biasa digunakan di dalam makanan ialah monoglyceridess. la dihasilkan daripada tindakbalas asid lemak dengan glycerol. Sumber asli seperti minyak sayuran dan lemak haiwan selalunya digunakan untuk membuat pengemulsi. Antara pengemulsi yang selalu digunakan adalah Lecithin (E322) dan Mono-and di-glycerides. Tanpa pengemulsi makanan, banyak makanan tidak boleh dimakan. Pengemulsi yang digunakan dalam kandungan coklat di Malaysia adalah bersumberkan kepada tumbuhan (bahan yang halal) dan bukannya bersumberkan haiwan.

Sumber: Buletin Halal, Disember 2009, JAKIM

4. Adakah Lesitin merupakan bahan yang tidak halal dalam coklat?

Lesitin merupakan campuran glikolipid, trigliserid dan fosfolipid yang digunakan sebagai bahan tambah makanan serta dalam ubat-ubatan. Lesitin lazimnya merupakan salah satu bahan kandungan yang dimasukkan ke dalam produk coklat susu. Kebiasaannya lesitin merupakan produk halal kerana ia diperbuat dari telur atau minyak soya, terdapat juga diambil dari minyak bunga matahari.

Kandungan dalam produk susu coklat terdapat lesitin:

  • Lesitin

  • Vanillin

  • Pepejal koko

  • Mentega koko

  • Tepung susu

  • Gula

  • Perasa

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lesitin

Adakah coklat yang diimport dari luar negara mengandungi ramuan yang halal untuk dimakan?

Kod E471 (mono dan digleserida) dan E472 (acetylated mono dan digleserida) yang digunakan pada sesuatu produk di luar negara berkemungkinan bersumberkan daripada tumbuh- Manakala produk yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan pasti ia halal. Oleh kerana produk tersebut adalah keluaran luar negara maka lebih baik bagi kita mengelakkannya daripada membeli dan menggunakannya. tumbuhan dan juga haiwan. Sekiranya produk tersebut bersumberkan daripada haiwan semestinya ia tidak halal.

Sumber: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/8892]

 

Biji Koko

Biji koko merupakan rahsia utama di dalam penghasilan coklat. Yang menariknya, biji koko bukannya “biji” atau sejenis kekacang biasa, tetapi ianya adalah merupakan biji benih bagi pokok koko. Biji koko mengandungi 54% kandungan lemak, 31% karbohidrat, 11% protein, 3% polifenol dan kurang

Lemak Koko

Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian mendapati bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Sumber: Bernard W. Minifie,1989, Chocolate, Cocoa And Confectionery, 3rd. Ed. California

Serbuk Koko

Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh. manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, vitamin A,B,D dan E. Pecahan peratusan bagi zat- zat yang terdapat dalam setiap 100 gram serbuk koko adalah seperti berikut:

Sumber: The Nutritional Value of Cocoa Powder, Confectionery Manufacturer and Maketing, July/August 1975 and Cook, Russel L., Chocolate Production and Use, 1963.

Coklat

Coklat yang merupakan produk terbesar yang dihasilkan berasaskan koko adalah produk yang bernutrisi tinggi dan sihat untuk diambil bagi mengimbangkan diet seharian. Berikut merupakan kandungan khasiat daripada empat jenis coklat:

Angka dalam kurungan mewakili peratus sumbangan kepada RDA (nilai kandungan pemakanan harian yang diperlukan)
Sumber: Souci, Fachmann, Kraut.

Tenaga Oleh kerana semua jenis coklat mengandungi gula dan lemak maka coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi. Coklat mengandungi sumber tenaga yang kaya dalam bentuk yang mudah dan padat. Oleh itu coklat digunakan sebagai makanan gentian dalam kebanyakkan ekspedisi.

Lemak Coklat mengandungi kira-kira 30% daripada asid lemak. Lemak adalah sumber tenaga utama dalam coklat yang juga bertindak sebagai medium pembawa Vitamin A,D,E dan K yang terlarut dalam lemak.

Protein Kandungan protein dalam coklat mungkin rendah. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh. diperbaiki dengan menambahkan susu. Kandungan protein dalam coklat susu mencukupi kerana dicampur susu. Protein penting kepada badan kita untuk memperbaiki tisu dan membantu pertumbuhan sel.

Minuman Koko

Secawan minuman yang diperbuat daripada sesudu teh serbuk koko mengandungi khasiat-khasiat berikut:

Sumber: USDA Handbook, 1974, The Dictionary of Sodium, Fats and Cholesterol New York

isi kandungan

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.