Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Asal Usul Koko

Asal Usul Koko

Tahukah Anda Bahawa Asal Usul Koko Bermula Dari Mana?

Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tahun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amazon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenalkan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.
Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao daripada kepercayaan keagamaan orang-orang Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua-dua kaum, Maya dan Aztec mengaitkan koko dengan Ek Chuah, tuhan perdagangan, sementara Aztec pula dikaitkan dengan Quetzalcoatl, Tuhan pencipta dan penyedia pertanian.
Kegunaan koko mula-mula ditemui oleh masyarakat Maya dan Aztec. Ketika itu biji-biji digunakan sebagai minuman yang dikenali sebagai CACAHOATL. Koko dianggap sebagai makanan dewata. Selain itu, koko juga digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran barang.
Cacao pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl. Mereka menganggap koko sangat istimewa. Minuman chocolatl hanya disediakan sebagai minuman Maharaja sahaja.

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.