Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Khasiat Koko

Khasiat Koko

1. Meningkatkan Tenaga Saat Olahraga

Anda tak perlu mengambil sports drink atau protein shakes yang banyak disediakan untuk penambah tenaga saat berolahraga. Satu kajian yang diterbitkan di jurnal Applied Physiology, Nutrition, dan Metabolism, membandingkan efek sports drinks dengan susu coklat pada daya tahan atlet untuk memulihkan diri melalui sesi bike sprints, diikuti dengan latihan basikal untuk daya tahan pada hari berikutnya. Ternyata, susu coklat mampu meredakan kekejangan otot setelah sesi sprints sama efektifnya dengan sports drinks, dan memberikan energi bagi atlet untuk melakukan sesi daya tahan hari berikutnya.

2. Menstruasi Tidak Menyebabkan Anda Mengidam Coklat

Separuh dari perempuan Amerika sering mengidam coklat, dan separuh dari pengidam itu mengalaminya sekitar waktu menstruasi. Namun peneliti dari University of Pennsylvania mendapati, setelah membandingkan masa pra dan pasca menstruasi, terlihat bahawa hormon-hormon menstrual bukanlah penyebab anda ingin makan coklat yang banyak. Peneliti hanya menemukan bahawa perempuan yang mengalami PMS (premenstrual syndrome) mengalami kecenderungan mengidam yang lebih tinggi. Hal ini ada kaitannya dengan psikologi di balik comfort foods. “Coklat itu secara sosial dianggap sebagai comfort food, dan orang mendambakan comfort food ketika merasa tidak selesa,” ujar Annmarie Kostyk, pakar coklat dari Professional School of Chocolate Arts, Ecole Chocolat, di Canada.

3. Mengandungi Flavonoids

Flavonoids adalah sejenis fitokemikal, yang terdapat dalam coklat secara semulajadi. Menurut Giana Angelo, PhD, pakar di bidang penelitian mikronutrien di Linus Pauling Institute, Oregon State University, kerana struktur kimianya yang unik, flavonoids dapat mendorong kesan antioksidan, antiperadangan, dan pelindung sel. Mengambil makanan yang kaya flavonoid dikatakan dapat mengurangi risiko penyakit jantung. Namun untuk mendapatkan manafaat tersebut, pilihlah coklat murni. Rata-rata coklat mengandungi sekitar 60 % koko, dan mengandung 536 mg flavonoid per 40 gr porsi. Pengambilan 80 mg flavonoid sehari dapat menurunkan tekanan darah.

4. Tidak Buruk Untuk Gigi

Selama ini ramai yang menganggap coklat akan menyebabkan gigi berlubang. Padahal, tidak berlaku sedemikian. Theobromine, molekul organik yang terdapat pada koko, ternyata dapat membantu menguatkan enamel gigi, demikian menurut penelitian dari Tulane University. Sayangnya, theobromine tidak terlalu bermanfaat dalam ‘chocolate bar’, kerana kandungan gula dan susunya akan meneutralkan manfaatnya untuk gigi.

5.Tenaga Segera Ketika Lapar

  • Minum susu atau minuman yang berasaskan susu. la bukan sahaja bertindak sebagai pembekal protein sihat di dalam tubuh malah boleh kenyangkan perut untuk sementara waktu.
  • Ambil buah-buahan samada segar atau yang di dalam tin. Selain kaya dengan serat, ia juga kaya dengan protein
  • Ambillah coklat, ia merupakan makanan pembekal tenaga segera yang berkesan. la bekalkan karbohidrat walaupun tidak secekap susu namun ia satu makanan yang sudah memadai.

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.