Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Nilai Ekonomi Koko

Nilai Ekonomi Koko

Sistem Tanaman Koko

 

Sistem Tanaman Koko Tunggal/ Monokultur

Sistem tanaman koko tunggal adalah sesuai bagi petani yang mempunyai keluasan tanah yang luas (15 ekar atau 6 hektar) dan semua tanaman komersil boleh ditanam mengikut nisbah tanaman 6:3:1 laitu kelapa sawit, getah dan koko Sistem ini bertujuan untuk membantu petani membangunkan sistem tanaman tunggal dengan kepadatan yang optima

Dalam sistem tanaman tunggal ini, pokok lindungan sementara seperti pisang dan jagung secara umumnya boleh ditanam bersama-sama pokok lindungan kekal semasa fasa pembentukan tanaman.

Glinicidia macculata atau pokok lindungan kekal ditanam pada jarak 3m x 3m dan koko ditransplantasikan 6 hingga 9 bulan kemudian. Pokok lindungan kekal akhirnya akan berubah menjadi nipis pada jarak 12m x 12m apabila pokok koko tersebut dewasa dan matang (Gambar 1.1).

Gambar 1.1. Sistem tanaman pokok koko dewasa di bawah Gliricidia macculata

Koko

Gliricidia Macculata

 

Analisis Aliran Tunai

SISTEM TANAMAN KOKO TUNGGAL

 

Pendapatan

PENDAPATAN PETANI SEHEKTAR BAGI TANAMAN KOKO TUNGGAL

Nota:

i)Pada tingkat produktiviti 1.5 tan/hektar 1

ii)Kos pengeluaran RM2,940/hektar/tahun (Tahun rujukan 2010)

 

Sistem Tanaman Integrasi Koko -Sawit

Sistem tanaman integras koko dengan sawit adalah bertujuan untuk membantu petani mendapatkan keuntungan yang optima dengan tanah yang terhad. Integrasi ini dilaksanakan melalui penanaman serentak di kawasan baru atau mengurangkan kepadatan tanaman sedia ada dan menanam baru lanaman integrasinys iaitu sawit.

Dalam sistem tanaman integrasi koko dengan kelapa sawit pepagar dua baris in, kelapa sawit ditanam dua bans secara pepagar dan di antara pepagar ditanam dengan 6 bars koko. Sawit ditanam segitiga tidak sama iaitu 9.1 m x 9.1 mx6.5 m dan antara baris sawit 8.5 m bagi memudahkan kerja-kerja pemungutan hasil kelapa sawit dan keperluan amalan agronomi, Jarak antara pepagar sawit ialah 23 m. Koko ditanam 3 m segitiga sama. Jarak antara baris koko dan bans sawit ialah 5 m.

Sistem ini menggalakkan penuaian dan pengangkutan hasil tanaman lebih mudah dan sistematik. Sistem tanaman yang disyorkan bagi tanaman koko dengan sawit ditunjukkan pada Gambar 2.1.

Gambar 2.1. Sistem integrasi tanaman pokok koko dengan kelapa sawit menggunakan sistem pepagar dua baris.

Koko

Sawit

Analisis Aliran Tunai

SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – SAWIT

 

Sistem Tanaman Integrasi Koko – Getah

Sistem tanaman integrasi koko dengan getah ialah sistem pepagar satu baris. Sistem ini dilaksanakan kerana getah mempunyal sistem akar dan dahan yang agresif dalam mencari nutrien, air, ruang dan cahaya matahari. Orientasi beris tanaman ialah timur- barat supaya tanaman getah tidak banyak menghalang cahaya matahan kepada tanaman koko. Tanaman serentak ini memerlukan tanaman lindungan separa kekal atau kekal bagi koko.

Sistem integrasi ini perlu dibangunkan dengan barisan tanaman menghala ke timur barat lanya perlu dibuat begini kerana getah mempunyai sistem pendahanan yang padat dan banyak menghalang cahaya matahari kepada tanaman koko jika orientasinya adalah utara selatan. Dalam sistem baru ini, getah ditanam 28.2 m antara pepagar, 1 in dalam barisan dan 6 m ke barisan pertama koko. Koko ditanam 8 baris di antara pepayar gelah dengan jarak tanaman 3 m segitiga sama (Gambar 3.1).

Gambar 3.1. Sistem Integrasi tanaman pokok koko dengan getah menggunakan sistem pepagar satu baris.

Koko

Getah

Analisis Aliran Tunai

SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – GETAH

 

Sistem Tanaman Integrasi Koko – Kelapa

Sistem ini membantu petani membangunkan sistem integrasi koko dengan kelapa menggunakan sisitem dua baris pepages.

Sistem tanaman integrasi koko dengan kelapa ditunjukkan pada Gambar 41, Pokok kelapa ditanam menggunakan sistem dua baris pepagar dan di antara pepagar ditanam dengan & bans koko Kelapa ditanam segitiga sama 7 mx7 mx7 m. Jarak antora popagar kelapa ialah 23 m. Koko ditanam pada jarak 3 m segitiga sama Jarak antara baris koko dan kelapa salah 5 m. Pokok kelapa tinggi ditanam menggunakan sistem ini.

Gambar 4.1: Sistem integrasi tanaman pokok koko dengan kelapa menggunakan sistem pepegar dua baris.

Koko

Kelapa

Analisis Aliran Tunai

SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – KELAPA

 

Sistem Tanaman Integrasi Koko – Buah-buahan (Durian)

Sistem pepagar satu baris adalah sesuai untuk tanaman integrasi antara koko dengan buah-buahan kesesuaian sistem pengakarannya. Sistem ini memberi pendapatan dari koko dan durian.

Koko boleh ditanam di kawasan kebun yang sedia ada atau di bawah pokok lindungan yang mempunyai nilai ekonomi. Namun, jarak tanaman pokok lindungan ini atau kebun sedia ada mestilah memenuhi keperluan lindungan pokok koko sehingga tempoh matang. Kebun sedia ada atau pokok lindungan berekonami harus mempunyai struktur kanopi terbuka untuk pencahayaan yang cukup untuk kanopi koko.

Tanaman durian ditanam sebaris dengan jarak antara bansan 23 m dan barisan 10 m Koko ditanam dengan 6 baris antara barisan durian Jarak tanaman koko adalah 3 m segitiga sama dan jarak antara baris koko cengan baris durian ialah 5 m (Gambar 5.1).

Gambar 5.1. Sistem Integrasi tanaman pokok koko dengan buah-buahan (durian) menggunakan sistem pepagar satu baris.

Koko

Durian

Analisis Aliran Tunai

SISTEM TANAMAN INTEGRASI KOKO – BUAH-BUAHAN (DURIAN)

Sumber: Lembaga Koko Malaysia

Rantaian Nilai Koko

 

Isi Kandungan

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.