Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Koko Di Malaysia

Koko di Malaysia

Koko merupakan tanaman komoditi keempat terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu kayan. Malaysia adalah negara pengisar koko yang kelima terbesar di dunia selepas Cote d Ívoire, Belanda, Indonesia dan Jerman. Pada tahun 2023, keluasan tananam koko di Malaysia dianggarkan sebanyak 6,335 hektar. Wilayah Sabah menyumbangkan 59.1% atau 3,744 hektar daripada jumlah keluasan keseluruhan tersebut, diikuti oleh Sarawak, 1,464 hektar (23.1%) dan Semenanjung Malaysia, 1,127 hektar (17.8%). Negara-negara pengeluar koko utama di dunia adalah Cote d’Ivoire, Ghana, Ecuador, Cameroon dan Nigeria.

Sumber:Jawatankuasa Perangkaan Koko, 2023

Fakta Koko

  • 1 Hektar – 1,111 pokok koko (3m x 3m)
  • 1 Pokok – 30 – 45 buah
  • 1 Buah = 30-40 biji koko
  • 8 Buah – 1kg biji koko basah
  • 25 Buah 1kg biji koko kering
  • 1 Buah – RM0 30 – RMO 20
  • 1kg biji koko basah = RM1.65-RM2.60
  • 1kg biji koko basah -0.30kg 0.40kg biji koko kering
  • 1kg biji koko kering = RM8.00-RM10.00
Sumber: Program Koko Untuk Rakyat

Pokok Koko

Bahan tanaman koko yang baik mempunyai ciri-ciri berikut iaitu

  • hasil yang tinggi
  • biji yang bermutu seperti purata berat kering di antara 1.1 hingga 1.2 gram sebiji
  • bijl yang gempal dan seragam serta kandungan kulit yang rendah laitu kurang daripada 13%
  • kandungan lemak dalam biji melebihi 50%
  • mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama

Terdapat dua jenis bahan tanaman koko iaitu hibrid dan klon

Hibrid

  • Hibrid adalah bahan tanaman hasil daripada kacukan dua atau lebih induk/baka.
  • Biasanya dibiak melalui pendebungaan terkawal dan bebas.
  • Mempunyai satu batang utama yang tegak dan lurus.
  • Batang utama membentuk 3-5 dahan utama dikenali sebagai ‘joket’.

Klon

  • Klon diperolehi melalui pembiakan tampang daripada pokok-pokok individu yang berhasil tinggi.
  • Pembiakan tampang klon adalah dengan keratan, tut dan cantuman.
  • Kaedah pembiakan yang selalu diamalkan ialah cantuman mata tunas dan baji sisi.
Sumber Manual Penanaman Koko: 2009, Lembaga Koko Malaysia

Bunga Koko 

  • Bunga terdapat di setiap ketiak daun pada batang utama dan dahan kipas

  • Pendebungaan aktif akan berlangsung di antara pukul 7:00 pagi hingga 10:00 pagi

  • Debunga koko adalah kecil dan melekit serta senang melekat pada badan serangga pendebunga

  • Pendebungaan dilakukan oleh serangga pendebunga yang kebanyakkannya terdiri daripada jenis agas

  • Serangga ini akan meletakkan debunga dari beberapa banyak bunga ke atas pistil supaya berlakunya pendebungaan dan persenyawaan

  • Bunga yang telah melalui proses pensenyawaan akhirnya akan menjadi buah

  • Sekiranya pendebungaan tidak berlaku dalam masa sehari bunga akan kembang, maka bunga berkenaan akan gugur

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia

Buah Koko

  • Buah akan masak kira-kira 5-6 bulan selepas persenyawaan
  • Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah koko, bergantung kepada jenis baka
  • Warna kulit yang muda biasanya hijau atau ungu kemerahan pada keseluruhan kulit dan apabila masak, wamanya berubah menjadi kekuning-kuningan

  • Buah koko yang keseluruhannya berwarna kuning menunjukkan buah tersebut sudah terlalu masak. Buah-buah koko tidak digalakkan dibiarkan sehingga terlalu masak kerana ada biji-biji koko yang akan bercambah

Sumber Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia & Buku Kisah Koko, 1997, Lembaga Koko Malaysia

Biji Koko

  • Benih pokok koko (Theobroma cacao) yang menghasilkan buah koko.
  • Biji koko mempunyai dua kotiledon dan germa atau embrio yang dilitupi oleh testa
  • Setiap biji koko dikelilingi oleh pulpa musilaj dan berbeza dari segi saiz, bentuk dan warna
  • Jumlah biji koko bagi setiap buah koko adalah di antara 30 hingga 50 biji.

Sumber: Manual Penanaman Koko, 2009, Lembaga Koko Malaysia
Keratan Rentas Biji Koko
Biji Koko Basah
Biji Koko Basah
Biji Koko Kering
Biji Koko Kering

Klon Koko (Fine Flavour)

Definisi Biji Koko Fine Flavour:

Biji koko yang mempunyai rasa koko yang baik atau unik seperti kekacang, bunga, buah dan berempah.

Klon Koko Komersil Klass 1

  • Rintang terhadap penyakit & perosak.

  • Potensi hasil tinggi.

  • Sesuai untuk penanaman dalam pelbagai agro-iklim.

isi kandungan

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.