Enak dan Berkhasiat!
Nikmati Koko Setiap Hari!

Produk Bukan Makanan

Produk Bukan Makanan

Produk bukan makanan seperti kosmetik dan farmaseutikal dihasilkan dengan menggunakan Lemak Koko dan Serbuk Koko.

Lemak Koko dan Serbuk Koko boleh dicampurkan dengan bahan-bahan lain bagi menghasilkan produk kosmetik sepert gincu bibir, bedak asas, balsam bibir dan pelembap muka serta produk farmaseutikal seperti ubat gigi, losyen kecantikan sabun dan sebagainya.

GINCU

Gincu bibir ini mengandungi lemak koko yang dapat melembapkan bibir dan menahan lembapan bagi merawat bibir yang kering dan merekah secara semulajadi.

BEDAK ASAS

Bedak asas ini mengandungi koko iaitu fungsi serbuk tambahan sebagai bahan anti penuaan yang mempunyai tekstur berkrim.

BALSAM BIBIR

Balsam ini lemak mentega koko untuk melegakan menggunakan semulajadi bibir pecah mudah diserap dan melembutkan bibir.

UBAT SALAP

Ubat salap atau balm ini mengandungi lemak koko yang mempunyai kadar penyerapan ubat melalui kulit hidup yang lebih tinggi berbanding dengan produk yang berasaskan minyak mineral.

UBAT GIGI & PENGUMUR MULUT

Ubat gigi tannin gel dan pengumur mulut atau oral rinse ini mengandungi tannin koko iaitu merupakan polifenol yang berkeupayaan untuk merencat pertumbuhan bacteria seperti Streptococcus mutans dan Streptococcus sanguis yang bertanggungjawab dalam kerosakan gigi.

Pengenalan

Portal Koko Duniaku dibangunkan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan semula jadi koko serta produk-produk koko. 

Hubungi

Lokasi

Hak Cipta © 2023 Alphalab Technology SDN. BHD. Hak Cipta Terpelihara.